Selepas mengetahui lagu Sakit ciptaannya yang dinyanyikan secara duet bersama Zynakal gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), penyanyi Yonnyboii akui tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.
Ujarnya, beliau amat sedih dengan keputusan itu namun tetap bersetuju dengan barisan juri kerana yakin keputusan juri adalah yang terbaik.
“Biasalah ada sedikit rasa sedih, tak puas hati tapi kena terima sebab keputusan yang dibuat oleh juri adalah yang terbaik. Rasa tak puas hati sebab Yonny rasa tak bagi yang terbaik pada malam tersebut (semi final). Saya rasa boleh buat yang lebih baik lagi.”
Menurut laporan mStar, Yonny turut mengakui bahawa dirinya turut melakukan beberapa kesilapan ketika membuat persembahan di pentas separuh akhir.
“Yonny pun tengok orang lain perform, Yonny pun nampak kesilapan Yoony di atas pentas, mungkin ada sikit-sikit yang Yonny tak dapat nak kutip markah.”
Untuk rekod, selain Yonny, penyanyi Naim Daniel juga turut ditimpa nasib yang sama apabila kedua-dua lagunya gagal melayakkan diri ke pentas akhir AJL35 yang khabarnya bakal berlangsung pada Februari 2021.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments