#Hiburan: Dijangka Lahir April 2021, Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Lelaki

Mendedahkan dirinya hamil anak kedua, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan. 

Pengumuman itu didedahkan oleh Siti sendiri menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee hari ini. 

Advertisement

Menerusi siaran langsung itu, Siti dilihat seakan membiarkan pengacara terus berteka-teki mengenai jantina anak keduanya meskipun sudah mengetahuinya lebih awal. 

Advertisement

Namun, ketika Siti yang bersama suaminya Datuk K bertindak meletupkan belon hitam tersebut, lantas terjawab yang mereka anak menimang anak lelaki nanti.

Lebih menarik, menurut Datuk K, nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad diikuti dengan huruf A yang akan diumumkan nanti. 

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Siti mendedahkan kepada umum bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya difahamkan telah lebih empat bulan. 

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments