#Hiburan: Bob Lokman Selamat Jalani Pembedahan Betulkan Degupan Jantung, Kini Sudah Kembali Berehat Di Kelantan

Penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman,56, yang sebelum ini dijadualkan menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu Cardia Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada Isnin lalu dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan dan kini sudah pulang ke kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan untuk berehat.

Bob yang dihubungi media berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang komplikasi dan masalah sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Dia yang dibenarkan keluar daripada hospital pada hari Selasa yang lalu katanya akan berehat seketika sebelum menerima kehadiran tetamu termasuklah Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid pada 14 Disember ini.

Advertisement

Assalamualaikum.
Alhamdulillah segalanya beransur pulih dgn rahmat ALLAH.

Terima kasih kerana doa, moral & material yg disampaikan.

ALLAH pasti meletakkan kebaikan keatas setiap kebaikan.

Posted by Bob Lokman on Thursday, 10 December 2020

 

Advertisement

Tambah Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, dia perlu kembali ke HSB untuk mendapatkan rawatan susulan kira-kira dua minggu lagi.

“Saya terkejut kerana mendapat perhatian sebegini besar termasuk orang dari Kuala Lumpur. Perasaan saya gembira, walaupun sakit pastinya akan jadi sihat apabila diziarahi kawan-kawan.”

Mengakui berasa kekok kerana terdapat implan yang dimasukkan ke dalam dada, Bob berkata badannya berasa bengkak namun bukanlah kerana sakit dan dia juga tidak dapat mengubah posisi tidurnya buat ketika ini.

KUALA LUMPUR 27 FEBRUARI 2018. Penulis lirik Isabela, Bob Lokman yang kini terlantar akibat komplikasi penyakit termasuk masalah jantung, buah pinggang dan paru-paru di Hospital UITM Sungai Buloh. NSTP/ASWADI ALIAS.

Jelas Bob, prosedur CRTD itu dilakukan bertujuan untuk menyeragamkan kadar degupan jantung bagi mengembalikan ritma normal seperti orang biasa.

Sekadar info, kisah Bob Lokman yang memerlukan dana pembedahan sebanyak RM60,000 telah mendapat perhatian dan hasil kutipan telah diperolehi hasil sumbangan badan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia serta rakyat Malaysia yang prihatin.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments