Susulan kes layanan tidak memuaskan terhadap Sharifah Zarina dan anaknya yang diterima daripada sebuah restoran terkenal di ibu kota, penyanyi tersebut tampil menjelaskan hal yang sebenar.
Menurut Zarina,39, meskipun pihak restoran telah tampil memohon maaf di ruangan komen video yang dikongsinya itu sebelum ini, namun dia masih terkilan atas tindakan mereka menawarkan baucar bernilai RM50 sebagai ganti rugi.
Tambahnya, bukan kerana dia tidak bersyukur atas apa yang ditawarkan namun beranggapan cukup sekadar permohonan maaf dan menghormatinya sebagai pelanggan itu sebenarnya sudah memadai.
Dia yang sebelum ini berkunjung ke restoran berkenaan untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran anaknya dilaporkan terpaksa menunggu lama sebelum dimaklum bahawa restoran terpaksa ditutup lebih awal untuk acara lain.
Susulan itu, pemilik restoran tersebut menerusi laman instagramnnya tampil menafikan dakwaan Zarina dan anaknya, Athalia dengan mengatakan bahawa notis pemberitahuan mengenai restoran ditutup awal sudah dimaklumkan di merata tempat.
Dalam pada itu, Sharifah Zarina berasa kecewa apabila dirinya dikatakan telah menabur fitnah berikutan permasalahan yang dakwanya telah ditimbulkan pihak restoran itu sendiri.
“Akibat permasalahan yang berlaku daripada pihak mereka, saya pula dipersalahkan dan dikatakan menabur fitnah. Bukankah ianya lebih baik sekiranya mereka mengambil inisiatif untuk memohon maaf ketika saya berada di tempat kejadian? Nilai maruah dan kekecewaan saya tidak diukur dengan voucher, ianya lebih kepada kekecewaan dan agak terkilan. Terima kasih! Customer is always right!” – Sharifah Zarina
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments