Selepas mengetahui lagu Menghapus Jejakmu hasil kerjasamanya dengan Ariel Noah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari zahir rasa teruja.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Bunga atau lebih mesra disapa BCL menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Namun, segala seakan berbeza apabila entri berkenaan khabarnya disalahertikan oleh segelintir warganet khususnya para peminatnya yang gemar dan senang melihat kemesraan kedua-dua mereka menerusi muzik video tersebut sehingga ada yang mahu mereka dijodohkan bersama.
Selain menzahirkan ucapan tahniah buat mereka berdua atas pencalonan tersebut, BCL juga menerima banyak kata-kata positif daripada pengikutnya agar beliau disatukan dengan bekas teman lelaki Luna Maya itu sebagai pasangan.
Sekadar informasi, muzik video Menghapus Jejakmu kini telah mencecah lebih 67 juta tontonan sejak dilancarkan di Youtuber sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, BCL kini adalah seorang ibu tunggal selepas suaminya pelakon Ashraf Sinclair disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments