Pelakon Emelda Rosmila meluahkan rasa girang kerana dapat bergandingan buat pertama kalinya bersama suami, Adlin Aman Ramli.
Menurut Emelda, dia dan Adlin bakal tampil dalam sebuah drama terbitan Astro Citra.
Tambahnya lagi, penampilan bersama itu juga merupakan impian peminatnya yang ingin melihat mereka berdua berlakon bersama dalam satu drama atau filem.
“Mungkin juga makbul doa-doa pengikut Mel (Emelda) yang baru-baru ini asyik sebut-sebut nak tengok Mel berlakon dengan Adlin. Impak watak Adlin sebagai Ikram dalam Bidadari Kiriman Tuhan tu buatkan ramai komen nak Mel bergandingan dengan Adlin,”
Emelda turut memberitahu bahawa sebelum ini ketika Adlin mengarah drama terbitannya sendiri, dia hanya sempat berlakon untuk satu atau dua babak dalam drama terbabit. Namun untuk terbitan naskah kali ini, dia dan suaminya bakal berlakon sebagai pasangan.
View this post on Instagramkecik jer family Mel? @adlinamanramlie @edrarafaeladlin #emeldaroseraya2020
Difahamkan, drama untuk tayangan Astro Citra itu bertajuk Jodoh PKP dan bakal disiarkan tidak lama lagi di saluran Astro.
Sekadar info, Emelda dan Adlin telah mendirikan rumah tangga sejak 12 tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Edra Rafael yang kini berusia sembilan tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments