#Hiburan: Duit Tinggal RM4.89, Soo Wincci Akui Terpaksa Makan Sisa Makanan

Pelakon, penyanyi dan model Dr. Soo Wincci mendedahkan beliau pernah berdepan detik sukar sepanjang berada di Sepanyol sepanjang melanjutkan pelajaran di sana.

Katanya, pada satu tahap, beliau dikatakan terpaksa memakan sisa makanan pelajar lain kerana kekurangan wang untuk menampung biayanya di negara tersebut.

View this post on Instagram

Few years ago When I was left with 1 euro in Spain and can't be back for work due to strict visa and uni requirements, at that time honestly each day need to worry bout school fees, debts back home , being scolded and laughed each day , uni marks and while I was eating student's left overs I almost gave up and kept asking how come others can have an easy life back home but me at the age of 33 still so stupid to let go and start from zero 😭 So many people asked me to just settled down or just stay up there to enjoy fame, But ya I still insist the right and hardest way for my dream , no short cut & no turning back, no regrets & we go into the mud together ! 几年前还记得在国外剩下1欧元时候,也因为签证还有大学规定不能来回工作,当时真的每一天都担心学费,债务,学分,每天也被骂被嘲笑,当在吭学生的剩饼干时,有时真的会责问自己为什么别人这么幸运而自己这么笨,33岁还从零开始,很多人劝我settle down 或过安稳的生活,可是这是对自己的承诺,还是坚持走最疯狂最难的路,没有捷径,没有往后,没有怨言 & 我们一起下来吃苦吧! Masih ku ingat beberapa tahun yg lalu bila ku hanya tinggal 1 euro, disebabkan visa dan undang sekolah, ku Tak dapat terbang balik utk kerja, jadi setiap hari kena bimbang yuran, markah, hutang, dan sentiasa diketawa dan diejek, bila ku makan sisa pelajar, kadang kala ku tanya sendiri kenapa orang lain sentiasa bernasib baik dan ku begitu bodoh , usia 33 masih nak bermula dari kosong, banyak yg nasihat agar khawin jer la atau nikmati dunia populariti saja, namun ku pernah berjanji kpd diriku , ku masih nak jalan perit tanpa jalan singkat, Tak nak pandang balik, tak nak merungut & Kita semua turun padang bersama-sama makan pahit ! #inwincciblejourney #spain #valencia #journeyoflife #dreamjourney

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

“Masih ku ingat beberapa tahun yang lalu bila duit saku saya hanya tinggal 1 euro (RM4.89) dan saya tak boleh bekerja kerana visa dan undang-undang universiti. Sejujurnya, setiap hari saya perlu risaukan tentang yuran pembelajaran, markah, hutang, dan sentiasa diketawa dan diejek. Sampaikan terpaksa makan sisa makanan pelajar lain.

Namun begitu, ada juga yang menasihatinya untuk melupakan apa yang diusahakannya kini dan berkahwin.

“Ramai yang menasihati saya agar berkahwin atau nikmati dunia populariti saja. Tapi saya pernah berjanji pada diri sendiri, saya takkan berpatah balik, tak akan merungut dan meneruskan apa yang sudah dikerjakan selama ini.”

Sekadar informasi, Wincci memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Tidak kurang juga, beliau disahkan berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.

Lebih membanggakan, Wincci juga telah mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments