#Hiburan: Henti Kerjasama Dengan Rakan Kongsi, 4 Cawangan Bubblebee Ditutup Sementara

Terkait dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), syarikat pengeluaran air minuman Bubblebee Sdn Bhd menamatkan usahasama di empat cawangannya.

Menurut Datuk Ismail Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, meskipun kes dalam siasatan namun ia seakan memberi kesan negatif dan menjejaskan reputasi perniagaan miliknya.

“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan.”

Dedahnya lagi, empat cawangan yang terletak di Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Terdahulu, Shuib yang juga salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Bubblebee, khabarnya dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, Syarikat Bubblebee ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dan mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments