#Hiburan: Dah Tiga Minggu Tak Pergi Solat Jumaat, Penyanyi Alif Satar Gembira Terima Kad Jemputan Dari Masjid

Penyanyi dan juga pengacara, Alif Satar sering berkongsi mengenai amalan yang boleh diamalkan umat Islam untuk menambah pahala pada setiap hari Jumaat.

Dalam entrinya yang terkini di ruangan Instagram, Alif turut memberitahu bahawa dia sudah hampir tiga minggu tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diunjurkan kerajaan.

Dia dalam pada itu turut berpesan kepada umat Islam di luar sana supaya sentiasa mengamalkan perkara sunat untuk memperoleh pahala di hari Jumaat.

“Dah tiga minggu tak pergi Solat Jumaat, tapi walaupun tak pergi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat. Potong kuku, baca surah Al-Kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah dan macam-macam lagi. Kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys!”

Kemudian, menerusi entrinya yang terbaru,Alif kemudian berkongsi pula berita gembira apabila dia telah menerima kad jemputan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

alhamdulillah… semoga dapat jemputan haji ke masjidil haram pula tahun depan insyaAllah..???

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar) on

Sekadar info, Selangor dan Putrajaya mula melaksanakan PKPB pada 14 Oktober lalu dan kemudiannya dilanjutkan sehingga 9 November 2020.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments