Mengakui dirinya mengalami masalah kemurungan sejak setahun yang lalu, pengacara Karl Shafek kini kembali ke dunia hiburan setelah hampir setahun menghilang.
Menurut Karl, disebabkan masalah emosi tersebut, dirinya mula bersikap lain daripada biasa apabila mula menyendiri dan tidak keluar bekerja seperti biasa.
Namun tambahnya lagi, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh itu, semua ahli keluarga dan sahabat handai tampil membantunya untuk bangkit semula.
Dia yang berkongsikan perkara itu menerusi ruangan Instagram miliknya baru-baru ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
Dalam pada itu, Karl sempat mendedahkan punca kemurungan yang dialaminya gara-gara perniagaan yang dijalankannya selama ini telah ditipu dan disantau.
“Punca sebenarnya jug banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau (saya tak pernah cerita hal ini) sehingga saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu banyak perancangan perniagaan tidak menjadi mungkin antara faktor utamanya. Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengetahu saya tak sihat, Tak apalah. Allah SWT saya yang mampu membalasnya,”
Setelah setahun menjalani rawatan, Karl menjelaskan keadaannya kini semakin baik namun tidak seperti dulu. Malah, kualiti hidupnya turut berubah namun dirinya reda kerana menganggap itu semua perancangan daripada Yang Maha Esa.
Karl turut mendoakan sesiapa yang mengalami masalah sepertinya supaya cepat sembuh dan tidak perlu mempunyai rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling.
“Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga jugam tolonglah cepat berikan pertolongan. Kalau mahu pendapat just DM me anytime. InsyaAllah saya cuba bantu, bukan nak jadi hero,tapi saya tau seksa depresi itu,” – Karl Shafek
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments