#Hiburan: Ambil Tauladan Neelofa Berniqab, Ammar Alfian Padam Semua Gambar Tayang Badan Di Instagram

Pelakon Ammar Alfian akui tindakan baik yang dilakukan Neelofa iaitu berhijrah untuk berniqab sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya untuk berubah.

Katanya, beliau tidak terlepas memuji keikhlasan Neelofa berniqab yang mampu merisikokan kerjayanya termasuk komitmen dengan jenama-jenama antarabangsa.

Kredit – Gempak

“Melihatnya memilih perubahan besar ini sangat mengagumkan. Dia tidak kisah hilang kerjasama dengan syarikat besar antarabangsa. Yang dia kisah hanya pasal Islam dan Allah. Harta dunia hanya sementara.”

Bagaimanapun, penghijrahan tersebut dilihat seolah mendorong dirinya untuk memadamkan semua foto-foto tidak berbaju di laman sosial.

“Dia menjadi inspirasi saya untuk tidak lagi mendedahkan kulit dan lebih dekat dengan Allah. Oleh itu, saya telah memadamkan semua gambar dan video saya yang menunjukkan tubuh saya di Instagram. Insya-Allah.”

Sekadar informasi, beberapa hari lalu, Ammar tampil memaklumkan kepada umum bahawa beliau telah bercerai dengan isterinya, Nelissa Nezam dengan cara tebus talak.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments