Gara-gara ditegur nyaris ‘Scooby-Doo’ oleh juri tetap Gegar Vaganza musim ke-7 iaitu Datuk Ramli MS, Ayu Damit kini mendapat jolokan #scoobydoo.
Meskipun begitu, Ayu berkata dia menerima teguran itu secara terbuka dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya pada malam itu. Pada konsert minggu kedua, Ayu Damit telah menyanyikan lagu Ke Hujung Dunia dendangan asal Siti Sarah namun ‘tidak sampai’ ketika menyanyikan bahagian nada tinggi lagu tersebut.
Berjanji akan memperbaiki kelemahan tersebut, Ayu menjelaskan dia akan lebih berhati-hati dalam mengawal dan melontarkan nada tinggi dalam persembahan yang akan datang.
Ketika ditanyakan perasaan mendapat gelaran #scoobydoo, Ayu akui ketika ini sudah ramai menggunakan tanda pagar itu kepada dirinya namun dia tidak berkecil hati.
“Saya tak kisah sangat pun apa orang nak cakap. Bagi saya, lama-lama nanti akan senyap jugak. Buat masa sekarang, biarlah nak cakap apa pun termasuklah #scoobydoo. Apa yang lebih mencabar untuk saya adalah persaingan dengan penyanyi lain yang kesemuanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Saya kena lebih fokus pada cabaran yang akan dihadapi nanti,”
Selain Ayu, antara bintang lain yang turut bersaing dalam memperoleh gelaran juara program Gegar Vaganza musim ke-tujuh ini adalah Mus May, Linda Nanuwil, Ashira, Oja, Nomad, Indigo dan ramai lagi.
Sumber : Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments