Sebagai tanda penghargaan, cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah memberi sedikit sumbangan buat semua penghantar makanan atau ‘rider’ yang mengambil tempahan dari restorannya iaitu restoran Minangkapau.
Menerusi ruangan instagramnnya, Fazley menyampaikan pesanan supaya setiap penghantar makanan yang dtang mengambil tempahan untuk memilih sampul yang disediakan. Menurutnya, di dalam sampul tersebut berisi duit serta baucer makanan yang boleh diguna pakai di restorannya itu.
“Kepada abang/adik rider, jemputlah ambil satu sampul sebagai tanda terima kasih. Boleh pilih dalam sampul itu berisi duit tips atau baucer makanan di Minangkapau. Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan,”
Dalam video yang dimuat naik di media sosialnya itu, kelihatan wang bernilai RM50 serta baucer makanan diisi dalam sampul dengan nota kecil buat ‘rider-rider’ yang telah dianggap sebagai ‘frontliners’ oleh rakyat Malaysia.
Peminat yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji sikap murah hati yang ditunjukkan Fazley dan ada juga yang mengatakan seperti menerima ‘duit raya’ ketika perayaan Aidilfitri.
Sekadar info, restoran Minangkapau milik Chef Dato’ Fazley telah beroperasi sejak setahun yang lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments