Mendedahkan dirinya mengalami sinestesia sejak dilahirkan, pelakon Tiz Zaqyah akui beliau menyedari perkara itu selepas melihat huruf, perkataan, lirik, nombor dan muzik dalam bentuk warna.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tiz menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Pada hari ini (Khamis) saya dapati bahawa saya dilahirkan dengan sinestesia. Saya dapat mengesahkan ini kerana sepanjang hidup saya telah melihat huruf, perkataan, lirik, nombor, muzik dalam warna.”
Tambah pelakon drama Nur Kasih itu, beliau khabarnya sering menjadi seorang yang mudah marah disebabkan ingin orang sekeliling faham tentang apa yang dialami olehnya.
“Sekarang saya tahu mengapa saya melihat sesuatu perkara berbeza dan lebih masuk akal. Kadang-kadang saya juga dapat mencium bau karya seni. Saya benar-benar fikir semua orang mempunyai perkara yang sama dalam fikiran mereka selama ini.”
Sekadar informasi, sinestesia adalah fenomena neurologis di mana otak menimbulkan beberapa persepsi iaitu penglihatan, suara, ataupun rasa dari suatu indera.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments