#Hiburan: Hidup Lebih Tenang, Izreen Azminda Minta Peminat Jangan Terlalu Menghitung Salah Dan Dosa Orang

Pelakon Izreen Azminda yang sebelum ini hebat dilanda kontroversi mengenai perkahwinannya bersama seorang pemuzik, Ude Wahid mengakui dirinya kini lebih bahagia hanya selepas memaafkan kesalahan orang lain.

Dia yang memberi respon di atas soalan peminat menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di Instagram telah menerima pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui bagaimana dia berdepan kecaman daripada netizen sebelum ini.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam,35, berkata dia perlu memaafkan orang lain terlebih dahulu untuk menjalani kehidupan seperti biasa bersama suami dan anak-anak yang tercinta.

“Alhamdullilah, semat dalam hati memaafkan itu lebih membahagiakan kita dari mengharapkan kemaafan orang lain. Letak dalam fikiran kita, semua manusia itu pendosa. Jangan terlalu menghitung salah dan dosa orang lain pada kita sampaikan kita lupa dan alpa dalam menghitung dosa kita pada orang lain,”

Dalam pada itu, pelakon drama Pergilah Air Mata ini turut memberitahu bahawa dia ada menerima permohonan maaf daripada beberapa netizen yang pernah mencercanya dulu. Izreen walau bagaimanapun telah memaafkan mereka yang pernah memfitnahnya dan mengakui semua manusia pernah melakukan kesilapan.

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua ?

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Mengimbas kembali, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suami, Ude pada 8 Ogos 2017 secara rahsia dan kini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun. Aktres itu juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar,7, hasil perkahwinan pertamanya bersama jurukamera, Muhammad Riza.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments