Berkongsi foto suaminya, Johan Raja Lawak dan juga teman seperjuangan Zizan yang sedang tidur, Ozlynn Waty tampil menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup serta suka duka bergelar pelawak.
Menurut Ozlynn, meskipun gambar suaminya dan Zizan itu kelihatan kelakar dan mencuit hati, namun sebaliknya pelbagai perkara telah dialami dan sukar difahami orang di luar sana meskipun bergelar penghibur.
“Barai.. kadang orang tak faham. Bila jumpa nak suruh buat kelakar. Hidup dengan depa berdua ni kadang tengah teman dorang nangis tiba-tiba ada orang datang mintak bergambar. Terus senyum..”
Menurut Ozlynn, biarpun mereka melalui saat-saat sedih dan duka, tapi demi menjaga hati, mereka tetap senyum dan melayan karenah peminat.
Johan dan Zizan sebelum ini yang telah menyertai program Maharaja Lawak telah menamakan kumpulan duo mereka sebagai Jozan dan masih kekal sehingga kini.
Sekadar info, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail telah mendirikan rumah tangga bersama Johan ataupun nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada 25 Julai 2009 dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments