Pasangan pelakon poluar Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah Macwilson kini telah berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin anak sulung mereka.
Menurut pasangan terbabit, mereka bakal kembali semula ke tanah air pada tahun hadapan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh mereka menerusi perkongsian di laman Instagram.
“Selepas tidak tidur malam… Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya. Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti.”
Terdahulu, Zahirah dijangka bakal bersalin pada Disember ini dilihat turut berkongsi perkembangan mereka yang khabarnya sedang sibuk mengemas dan membungkus barangan keperluan bayi untuk dibawa ke Australia.
Untuk rekod, Zahirah telah sah menjadi isteri kepada Aiman pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.
Terdahulu pada tahun 2019, kedua-dua mereka juga telah selamat mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments