#Hiburan: Seorang Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM Berhubung Aktiviti Pengubahan Wang Haram

Seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian.

Sprm

Gambar hiasan

Mereka difahamkan akan dipanggil bagi memberi keterangan di pejabat SPRM selepas tiada artis yang mahu tampil secara sukarela.

Menurut sumber, dua individu terbabit dikatakan menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di laman sosial.

“SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan. Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.”

Meskipun sebelum ini SPRM telah meminta individu yang pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, namun sehingga kini masih belum ada berani berbuat demikian.

Sprm

Gambar hiasan

Terdahulu, pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyeru semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Sekadar “hint”, pelakon lelaki itu khabarnya turut terbabit dalam bidang pengacaraan, manakala pengacara wanita itu pula pernah berlakon beberapa drama popular tanah air.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments