#Hiburan: ‘Saya Tidak Akan Beri Muka Kali Ini’ – Zulin Aziz Sangkal Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam

Sehingga kini, kecoh di media sosial apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan sindiket Macau Scam.

Susulan kejadian, wujud segelintir netizen mula memetik beberapa nama selebriti dan mendakwa bahawa Zulin Aziz merupakan salah seorang artis yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, seakan tampil mahu mempertahankan diri, Zulin dilihat telah memuat naik beberapa posting yang menafikan bahawa artis tersebut merupakan dirinya.

View this post on Instagram

Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi2,ckp memalukan lah apalah.Selagi tak disebut nama,selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. . Disini saya jelaskan,saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community . Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka. . Dmagia ,bisnes yang saya usahakan ini adalah kerjasama saya dengan syarikat sireh emas,boleh google kalau tak tahu. . Saya tidak pernah dipanggil,terlibat,dan ada kena mengena. susulan dari kes ini,gambar saya disebarkan NETIZEN hanya kerana saya mengenali mereka. . Anda juga pernah ada kenalan. Kalau @emeliehanif_ ke @ayranasir_official ke kena tangkap,logiklah saya dipanggil Sprm . Kalau saya diminta untuk bagi keterangan,apa yg saya boleh kongsi ; Saya pernah pergi majlis hari jadi anaknya Saya pernah bercuti di itali pakai duit sendiri Saya pernah masakkan mereka asam pedas ikan pari Saya memang suka berkawan dan melakukan hal yg sama dengan semua .Sesiapa saja yg berkawan dengan saya,saya masak untuk mereka,saya pergi ke majlis yg dijemput dan jika diajak bercuti,sekiranya ada kelapangan,saya pergi.Saya juga menjaga batas pergaulan. Yang paling rapat dengan saya anda boleh tengok sendiri aktiviti harian saya di instagram . . Sekian dari saya untuk bantu siasatan. Haih😞. . Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yg halal dengan meniaga ,berlakon,buat review,masak. . Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana. Saya harap dengan apa yg saya tulis ini sedikit sebanyak buat anda berfikir dan stop fitnah saya makan duit haram. . Tidak ada apa lagi yg nak dikatakan,cukuplah karangan ini dari saya buat netizen diluar sana.

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah. Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community . Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka.”

Katanya lagi, beliau memang seorang yang tahu menjaga batas pergaulan, malah menegaskan dirinya juga mencari rezeki dengan cara yang halal.

“Saya juga menjaga batas pergaulan. Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yang halal dengan meniaga, berlakon, buat review, masak. Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana.”

Ujar Zulin lagi, namanya tidak pernah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes jenayah online tersebut.

View this post on Instagram

Dari dulu lagi selalu jadi mangsa fitnah, cyberbully ,tapi saya tahu saya kuat . Mungkin ini adalah ujian buat saya. Saya cuma manusia biasa yg kadang terkesan dengan tohmahan,cacian dan hinaan netizen terhadap saya dengan fitnah2 seperti ini. . Syukur Alhamdulillah saya dikelilingi org2 yg positive dan sentiasa beri saya semangat termasuklah peminat,netizen yg positive mendoakan saya. . Mulai dari sekarang,saya akan block fake acct,cmmnt2 negative,dan hanya focus pada kerjaya dan mereka yg menyokong saya. . Saya tidak akan ulas lagi kes ini oleh kerana statement dari saya telah pun saya bagi tadi. . Saya tak dapat nak tutup mulut anda,tapi sekiranya anda mengeluarkan statement berbaur fitnah keatas saya dan memberi andaian kepada org lain utk turut sama menfitnah,saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. . Pada makcik dan pakcik bawang,masa skrg ni adalah masa yg paling tepat simpan duit,bukan bayar duit saman. Jaga tutur kata,jaga adab,jaga penulisan kita. . Saya tegaskan sekali lagi,saya tidak akan beri muka kalini. Kepada yg dah mintak maaf ,dengan hati terbuka,saya memaafkan anda. Semoga dengan memberi kemaafan ini,Allah beri saya ketenangan. . Saya perlu focus dalam kerja. Mereka menuntut 100% commitment dan focus dari saya.Semestinya saya nak melakukan yg terbaik dalam kerjaya saya.Oleh itu,maaf para pembenci, saya tidak ada masa melayan anda. 💪🏽❤ . #sayahanyacariduithalal

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Hal ini demikian kerana, hubungannya dengan individu tersebut hanyalah sekadar kawan sahaja. Zulin juga turut mendedahkan beliau langsung tiada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat dengan ‘Macau Scam’.

Jelasnya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama andai SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, bekas pengacara Melodi itu juga sempat meluahkan perasaan tidak puas hati apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen berunsur fitnah di media sosialnya.

Malah, beliau juga khabarnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan kepadanya itu tidak dihentikan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments