Penyanyi lagenda, Datuk Hattan,56, dilaporkan telah dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit dada dan tangan kebas.
Dia kini dikhabarkan telah berada dalam keadaan stabil usai sahaja mendapatkan rawatan berikutan injap jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan di ibu kota, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Biso Bonar ini turut memuat naik perkembangan terkini dirinya dan memaklumkan bahawa dia sedang mendapatkan rehat secukupnya setelah tiga hari menerima rawatan.
Dalam pada itu, isteri Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Mohd Abidin turut memaklumkan bahawa kesihatan suaminya kini stabil dan tidak membimbangkan.
“Alhamdullilah, suami sudah boleh pulang ke rumah selepas tiga hari mendapatkan rawatan. Keadaannya juga semakin baik. Mengikut laporan pemeriksaan, suami berdepan dengan injap jantung tersumbat. Dengan izin.Nya, insyaAllah boleh sembuh dengan makan ubat yang disyorkan dan tak perlua buat ujian angiogram.”
Menurut Datin Arianie lagi, tahap kolestrol yang tinggi akibat pemakanan menjadi punca kepada penyakit yang dialami oleh suaminya itu.
Setelah mengadu sakit dada dan tangan berasa kebas, penyanyi itu segera dibawakan ke hospital dan kini segala corak pemakanan suaminya itu perlu dipantau supaya tragedi sama tidak berulang.
Dalam pada itu, tambahnya lagi, keluarga Datuk Hattan turut mempunyai sejarah penyakit jantung dalam kalangan adik beradiknya jadi tidak mustahil perkara yang sama boleh dialami oleh suaminya itu.
Kepada Datuk Hattan, semoga cepat sembuh dan memperoleh kesihatan yang baik hendaknya!
Sumber : Berita Harian
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments