#Hiburan: “I’m Back!” – Hanya Hadapi Masalah Teknikal, Scha Alyahya Sudah Kembali Ke Instagram

Selepas akaun Instagram yang lenyap secara tiba-tiba, ramai peminat ternyata risau dengan keadaan pelakon Scha Alyahya.

Malah rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa wanita yang sedang hamil anak kedua itu mahu berehat buat sementara waktu daripada media sosial dek entri terakhirnya iaitu ‘I’ve had enough’.

scha alyahya kembali ke instagram

Pun begitu, wanita itu sudah pun kembali ke media sosial tersebut selepas sehari menghilangkan diri. Malah dia turut memohon maaf kepada semua orang yang tertanya-tanya dek tindakan drastik itu.

Menurutnya, perkara yang sebenarnya berlaku ialah dia menghadapi masalah teknikal ketika mahu memaut pautan akaun media sosial lain.

“Saya ingin memohon maaf kerana tanpa sangaja ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ akaun ke media sosial lain. Kalau nak dicerita, panjang ceritanya dan saya tidak mahu buat anda bosan mendengarnya nanti.”

Malah, Scha turut menenangkan peminat dan mengatakan bahawa dia dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik sahaja.

scha alyahya kembali ke instagram

Meskipun terpadam tanpa sengaja, pelakon yang popular menerusi siri ‘Awan Dania’ dahulu mengakui bahawa dia seronok apabila tiada akaun media sosial tersebut.

“Sebenarnya seronok apabila tiada Instagram tapi nak buat macam mana, ia sebahagian daripada kerja. Jadi kena ada Instagram. Apapun saya sudah kembali.”

Scha dah pun kembali ke Instagram, harap peminat tak risau lagi.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments