#Hiburan: “Gembira Tapi Penat..” Bergelar Ibu Di Usia Muda, Fara Hezel Selamat Timang Anak Sulung Lelaki

Penyanyi dan juga kakak kepada Aiman Tino, Fara Hezel dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata pertama iaitu bayi lelaki di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada hari Ahad yang lalu.

Fara ketika ditemui media telah memanjatkan kesyukuran dan teruja kerana diberi peluang untuk menjadi seorang ibu di usia yang muda iaitu 24 tahun.

Pemilik nama Nurfarazira Binti Yusri ini telah mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun instagramnnya, khamis lalu.

“Alhamdullilah.. saya selamat melahirkan putera sulung kami pada Ahad lalu pada pukul 6.05 pagi dengan berat 3.57 kilogram. Macam-macam perasaan yang saya rasa sekarang antaranya gembira dan pada masa sama penat. Tapi bagi saya, yang penting fizikal dan mental perlu kuat. Seronok dapat menjadi seorang ibu di usia yang muda tapi macam saya cakap, memang memerlukan fizikal dan mental yang kuat,”

Dalam pada itu, Fara turut memberitahu yang dia kini sedang berpantang di kampung halaman suaminya di Terengganu. Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fara berkata dia terpaksa berjauhan seketika dengan keluarganya  di Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Prince + princess ???

A post shared by FaraHezel // New account (@officialfarahezel) on

Meskipun bersalin dalam tempoh PKPB agak sedikit terbatas tapi Fara meluahkan rasa syukur kerana semuanya telah berjalan dengan lancar. Ketika ditanyakan mengenai nama yang dipilih buat anaknya, Fara berkata dia akan berkongsi kepada peminatnya di luar sana dalam masa terdekat kerana menghormati keputusan suaminya.

Sekadar info, Fara Hezel mendirikan rumah tangga bersama suami, Tengku Mohammad Kamal Hisahmuddin pada 20 Disember 2019 yang lalu.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments