Mendedahkan dirinya kini bersetuju ingin menjual salah sebuah kereta mewahnya, usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akui perkara itu temui kata sepakat selepas beliau khabarnya tidak lagi mahu menyimpan kenderaan jenis Mercedes-Benz SLK itu.
Hal ini demikian kerana, kereta itu amat jarang sekali digunakan olehnya.
Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Patut tak saya jual kereta ini Mercedes-Benz Sports baru pakai 10 kali? Milleagenya hanya 20,000-30,000km sahaja. Saya nak jual kereta ni sebab saya jarang guna. Jadi saya nak jual murah-murah ja, waktu beli tu memang mahal sangat.”
Dedahnya lagi, kereta mewah itu juga dijaga rapi dan langsung tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya.
“Kereta tak pernah kemalangan, malah saya simpan dalam rumah tertutup, enjin 1.8 turbo, minyak murah, roadtax murah. Sekarang nak jual lelongan ja, hanya RM135,000 net. Nombor plate saya akan ambik balik. Siapa cepat dia dapat.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memujinya kerana pandai menjaga kenderaan itu kerana sehingga kini masih tampak persis kereta baharu.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments