Pelakon cantik, Ramona Zam Zam dilihat telah memuat naik perkembangan terkini kakinya yang tercedera ketika bercuti di sebuah pulau di Johor, baru-baru ini.
Jelas Ramona, kecederaan itu berlaku ketika dia sedang menaiki tangga dari laut untuk naik ke kawasan darat. Dirinya difahamkan tertolak ketika menaiki tangga kerana ombak yang terlalu kuat sebelum terlanggar batu karang yang melekat di tepi tangga.
“Ramai yang bertanya keadaan kakki saya yang luka tempoh hari. Inilah rupanya sekarang. Sedang pulih tapi agak teruk calarnya. Ha padan muka pakai lagi seksi-seksi. Tapi tak sakit pun. Jangan bimbang.. Terima kasih kepada yang bertanya,”
Dia yang berkongsi perkembangan tersebut menerusi ruangan Instagram miliknya turut menerima ucapan cepat sembuh daripada peminat dan rakan artis.
Malah, dia turut berkongsi beberapa video percutian ke pulau bersama suaminya, Rami Alashkar dan anak, Ivanna Alashkar yang dilawati sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments