Pelakon cantik, Rozita Che Wan baru-baru ini meluahkan perasaan kesal terhadap beberapa syarikat produksi yang menggunakan khidmat jurusolek amatur untuk menata rias wajahnya.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta di kalangan peminat berkata, dia terpaksa menyolek dirinya sendiri ketika di set penggambaran kerana tidak berpuas hati dengan hasil solekan yang diberikan.
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa kesal dan penat kerana terpaksa memikul semua tanggungjawab orang lain terhadap diri sendiri.
“La ni punya production house, tak tahulah macam mana depa pilih make up artis. Tangkap muat ka, save budget ka, ikut dan ja ka? Kadang penat ooo artis bila shooting kena make up sendiri. Mana taknya kalau shading hidung pun pakai eye shadow hitam pastu tonyoh-tonyoh ja dengan jari! Yang lagi seorang itulah batang hidung macam kena j*boq belanga!”
Che Ta turut mengambil kesempatan menasihatkan kru produksi agar lebih peka dalam memilih jurusolek agar lebih kelihatan manis di kaca televisyen.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments