Pelakon yang baru saja menimang cahaya mata baru-baru ini, Fasha Sandha ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang menari bersama suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz di Instagram.
Namun, yang menarik perhatian adalah penampilan Fasha yang tidak bertudung seperti kebiasaannya. Lantas, netizen dilihat telah tampil meninggalkan beberapa komen mengenai video tersebut.
Ada di antara warga net yang menyangka Fasha sudah tidak lagi berhijab namun pelakon itu tidak mendiamkan diri dan dilihat telah menjawab persoalan netizen.
Menurut pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberi kata putus untuk berhijab sepenuhnya namun masih lagi dalam proses belajar untuk mengenakan tudung.
Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih di atas doa peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga keluarga.
Sekadar info, Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 2019 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia hampir 3 bulan. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal,7, dan Putri Raysha Jemyma,6 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments