#Hiburan: (TAHNIAH) Pelakon Farah Nabilah Selamat Menimang Cahaya Mata Pertama

Pelakon Farah Nabilah dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata sulungnya hasil perkongsian hidup bersama suami, Mohamed Amirul Yunus.

Berita gembira itu telah diumumkan sendiri oleh pelakon drama Titian Cinta itu menerusi ruangan Instagramnnya, semalam.

Difahamkan bahawa Farah telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi 22 Oktober 2020.

“Assalamualaikum semua. Syukur alhamdullilah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya,”

Dalam pada itu Farah sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Sekadar info, Farah dan Mohamed Amirul telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 yang lalu. Kepada Farah dan suami, tahniah kami ucapkan atas kelahiran bayi pertama!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments