#Hiburan: Dapat Tengok Robert Pattinson Depan Mata, Diddy Hirdy Teruja Saksi Penggambaran Filem ‘The Batman’ Depan Mata

Mungkin kerana terlalu teruja, penyanyi Diddy Hirdy yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-4 menceritakan bahawa dia ralit menyaksikan penggambaran filem Hollywood dibintangi oleh Robert Pattinson yang dijalankan di Liverpool, England.

Diddy yang kini berada di luar negara kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang muzik di University of Glasgow, Scotland turut memberitahu bahawa dia sempat bertemu pelakon popular tersebut yang membawa watak utama dalam filem tersebut.

Dia berkongsikan pengalaman manis itu menerusi ruangan Instagramnya, baru-baru ini.

View this post on Instagram

Sebelum ini, selalu baca di news tentang shooting filem The Batman yang katanya 70% menggunakan lokasi di Liverpool. Dalam news tu pun selalu la nampak ramai orang bersesak2 di seberang jalan tempat lokasi penggambaran, untuk tengok segala proses penggambaran dan yang paling penting untuk melihat Robert Pattinson dan cast members yang lain. Oleh kerana saya memang tak minat pelakon tersebut mahupun film tersebut, jadi saya pun tak lah rasa nak pergi ‘menjengah’ ke set penggambaran ni. Tambahan pula dengan kes COVID-19 yang sangat menggila di Liverpool ni. Jadi tak payah la… . Minggu lepas, selepas selesai urusan penting di awal pagi di City Centre, saya pun kebetulan lalu di kawasan shooting tu. Masa tu sekitar jam 9.30 pagi. Dari jauh nampak dorg dah mula dah kerja. Yang menariknya, tak ramai orang2 berkumpul dan berkerumun untuk menyaksikan proses penggambaran macamana yang selalu nampak kat media, kecuali photographers yang bawak kamera panjang tu – mungkin paparazzi, setia berdiri dalam sejuk snap gambar bertalu2. Saya pun join la sekali dok perhati sambil bawa keluar handphone cap ayam ni?, try la ambil gambar dan video, kot2 ternampak Robert Pattinson. Boleh la jadikan modal tunjuk kat adik beradik dan anak buah yang minat dia!? Dari mula rasa tak nak berapa kesah sgt shooting The Batman ni, tetiba terpana pulak tengok dorg shooting. Dengan krew, props, peralatan, siap ada beberapa green screen besar (tak sempat snap pic bila dorg bawa masuk screen ni), dan pelakon extra yang ramai, memang nampak gah la. So dapat la tengok beberapa scene dorang shoot. Katanya ni semua scene funeral. Dapat la tengok Robert Pattinson dalam kereta bila dia sampai, sambil krew dok tolak kereta dia. Beberapa kali jugak la dia dok ulang scene ni. Dah hampir setengah jam bersejuk snap gambar dan rekod video sampai memory handphone penuh, saya pun terus bergerak dan balik rumah. Yang penting, dah dapat bahan untuk share dgn adik beradik dan anak saudara yang minat dengan si Robert ni. ?? *Gambar last tu dari Mail Online utk mengesahkan yg mmg si Robert tu dlm kereta tu, disebabkan handphone cap ayam saya tak mampu nak membuktikannya?

A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy) on

“Minggu lepas, selepas selesai urusan penting awal pagi di City Centre, saya kebetulan lalu di kawasan shooting tu. Masa tu sekitar jam 9.30 pagi, dari jauh nampak mereka dah mula kerja. Saya pun join la sekali tengok sambil bawa keluar handphone cap ayam ni, cuba la ambil gambar dan video kot-kot ternampak Robert Pattinson, boleh la jadikan modal tunjuk kat adik-beradik dan anak buah yang minat dia!”

Diddy atau nama sebenarnya,Syamsul Hirdy Muhid memberitahu pada awalnya dia tidak tertarik untuk menyaksikan penggambaran tersebut meskipun sudah hampir dengan kawasan kediamannya. Namun, lama-kelamaan dia mula ralit sehingga menghabiskan masa setengah jam dalam cuaca sejuk semata-mata untuk terus menyaksikan penggambaran filem tersebut.

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya kedua dari kami. #gambarsemalam

A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy) on

Sekadar info, Diddy telah pun berumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Allen Nor Azah Musa dan kini menetap di luar negara. Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata kini iaitu Jauza dan Abid.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments