Penularan COVID-19 di seluruh dunia telah memaksa pelakon filem aksi, Hairul Azreen untuk menolak dua tawaran berlakon di luar negara selepas kejayaannya dalam file Wira, tahun lalu.
Menurut Hairul, dia telah menerima tawaran berlakon daripada dua individu yang terkenal dalam bidang perfileman untuk berlakon di luar negara.
Menganggap nasib tidak menyebelahi dirinya, Hairul berkata dia tidak ralat atau bersedih kerana berfikiran bahawa belum sampai rezeki untuknya membina nama luar dari Malaysia.
“Saya sudah bertemu dengan seorang pelakon aksi dari Amerika Syarikat, namun hasrat itu terhenti kerana penularan COVID-19. Begitu juga dengan tawaran daripada seorang pengarah di United Kingdom. Saya tak ralat atau sedih, saya anggap belum rezeki untuk mencuba nasib dalam membina nama di luar negara,”
View this post on InstagramDiving @adrin_macha @adrianteh19 @theebaan_g @afizaris @fozangg , @istsportsmalaysia
Meskipun sudah lama menyimpan hasrat dan keinginan untuk melebarkan sayap di Hollywood, Hairul berkata bukan mudah untuk seseorang pelakon untuk menempa nama di sana.
Dia dalam pada itu turut berimpian untuk mewakili Malaysia dalam babak pertarungan filem Hollywood. Tambahnya lagi, setiap negara Asia sudah mempunyai wakil pelakon aksi yang berjaya ke pentas antarabangsa jadi dia turut menyimpan hasrat yang sama.
Perkembangan lain, Hairul yang membintangi filem Pasal Kau! untuk saluran berbayar Netflix dilaporkan telah berjaya menduduki tangga teratas carta 10 filem Malaysia di saluran itu sejak ianya ditayangkan pada 1 Oktober lalu.
Sumber : Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments