Akhirnya sah bercerai setelah beberapa bulan menjalani proses guaman, pelakon perkahwinan Ammar Alfian dan bekas isteri Nelissa Nezam akhirnya berakhir setelah Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah membenarkan pasangan itu bercerai secara tebus talak.
Ammar mengumumkan berita tersebut menerusi ruangan Instagram miliknya dan turut berkata bahawa bekas isterinya itu dikehendaki membayar iwad sebanyak RM7,000 kepada dirinya.
Dia dalam pada itu turut menulis bahawa dia sama sekali tidak akan memaafkan segala perbuatan Nelissa terhadap kedua orang tuanya.
Manakala di Instagram Nelissa pula, wanita itu turut memuat naik beberapa entri yang menjelaskan keadaanya setelah berpisah secara rasmi dengan Ammar Alfian.
Menurut Nelissa, dia kini berasa sangat bersyukur kerana kemelut rumah tangga bersama pelakon itu sudah berakhir namun meluahkan rasa kecewa terhadap prosedur mahkamah yang baginya sering menganiaya wanita yang ingin keluar daripada rumah tangga yang rosak dan negatif.
Dia dalam masa yang sama turut berharap wanita di luar sana tidak mengalami apa yang telah berlaku terhadap dirinya dan kini lega kerana semua sudah berakhir.
Mengimbas kembali, Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Kyro Shakur yang kini berusia setahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments