#Hiburan: Beli Kereta Mewah Harga RM 290,000, Haqiem Rusli Anggap Sebagai ‘Reward’ Diri Sendiri

Penyanyi yang namanya kini semakin meningkat naik, Haqiem Rusli dilaporkan baru sahaja membeli kereta mewaj berjenama Mercedes- Benz GLC200 yang berharga lebih kurang RM290,000.

Haqiem yang ditemui media berkata, pembelian kereta berkenaan dianggap sebagai satu ganjaran buat dirinya sendiri atas kerja keras yang diusahakannya selama ini. Tambahnya lagi, kereta mewah berkenaan sememangnya kereta idaman hatinya selama ini.

View this post on Instagram

? MV ADLINA MARIE COMING SOON ?

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_) on

“Alhamdullilah, atas rezeki Allah S.W.T. Saya ada banyak juga buat ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan saya. Ayah pun suka. Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa,”

Jelasnya lagi yang masih belum mempunyai lesen memandu, perkongsian mengenai perkara itu di media sosial telah dibuat untuk memberi inspirasi kepada semua anak muda.

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, Haqiem memberitahu bahawa kebahagiaan dan kegembiraan yang diperolehi itu tidak salah jika mahu dikongsi kepada peminat sebagai salah satu pembakar semangat untuk mereka di luar sana dalam mencapai impian yang diingini.

Sumber : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments