#Hiburan: Jolok Hidung Rasa Sampai Ke Otak, Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Jalani ‘ Swab Test’

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad baru-baru ini berkongsikan pengalaman menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu ‘Swab Test’ memandangkan kawasan tempat kerjanya berada dalam kawasan zon merah.

Menurut Uyaina yang berkongsikan pengalamannya itu menerusi ruangan Instagram miliknya berkata, dia diwajibkan menjalani ujian tersebut kerana dia perlu hadir ke tempat kerja dan tidak berkerja dari rumah.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah memuat naik video saat dia melakukan ujian tersebut dan kelihata dirinya tidak dapat menahan sakit sehingga menitiskan air mata.

View this post on Instagram

Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit. Doktor jolok hidung je, tapi rasa sampai ke otak ? Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah ? . Bismillah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua & dijauhkan dari wabak Covid-19 aamiinnn ?? And thank you to our frontliners, our heroes! ?? #swabtest

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

“Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi Yana rasa sakit. Doktor jolok hidung je, tapi rasa sampai ke otak.Padahal doktot buat dah sehabis lembut dah,”

Perkembangan terkini, lakonan Uyaina boleh ditonton menerusi drama cinta dan konflik berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang juga dibintangi oleh pelakon berbakat seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zac Zaky dan ramai lagi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments