#Hiburan: “Suka Bagi Netizen Buat Dosa Kering” – Izreen Azminda Akui Dirinya Belum Berpurdah

Selepas beberapa buah blog tempatan mengatakan dirinya kini sudah berpurdah, pelakon Izreen Azminda tampil menafikan segala dakwaan tersebut.

Menurut Izeen, tindakannya memakai khimar yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari hanyalah sekadar perkongsian semata-mata.

“Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la. Sat gi tambah dosa kami ja. Suka bagi netizen buat dosa kering. Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa.”

Dalam pada itu, pelakon yang kini kian sepi daam dunia hiburan menyatakan, beliau masih dalam proses berusaha untuk menjadi insan lebih baik.

“Post macam ni tak menunjukkan kami baik, tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah ke arah dan jalan yang diredhaiNya. Insya-Allah. Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai mcm dulu lagi.”

View this post on Instagram

Sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia.. Pasti Allah akan selerakkan urusannya.. Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya… Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya.. . Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat.. Allah akan memperteguhkan keinginannya itu.. menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.. DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TUNDUK DAN TERPAKSA💛 (ayat ni kami amik dari @neelofa sbb bila kami baca hati kami tersentuh.. Semoga kami dan ampa2 semua berada dilandasanNya.. Jgn pernah berhenti berdoa.. Post mcm ni tak menunjukkan kami baik tp kami sentiasa berusaha utk berubah kearah dan jalan yg diredhaiNya.. Insyallah💛) . P/s kami masih sama takdak perubahan apa2 dari segi pakaian sebelum ni..kami masih pakai mcm dulu lagi.. Cuma kami nk habaq dan share KHIMAR yg kami pakai ni tersangat sangatlah selesa dan senang utk ampa yg berpudah nk buat aktiviti harian dengan girang.. Fuhh ayat girang tu.. Level lain maciam la cara penyampaian tu🤭🤭🤭 selesa ya amat ampa.. Sejuk ja lgsg tak panaih.. ampa boleh tgk di @ameliahassanfd @khimar.byameliahassan

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pengacara dan usahawan tersohor tanah air, Neelofa membuat keputusan untuk mengenakan niqab. Selain penampilan baharunya itu mendapat pujian ramai, wujud juga segelintir pihak yang mengakui wanita tersebut banyak memberi inspirasi dalam kehidupan mereka.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments