Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini hangat bercinta dengan selebriti Nabil Mahir tampil memberi sedikit nasihat buat mereka di luar sana yang sering menghakimi perihal orang lain.
Dia yang memuat naik pesanan tersebut di ruangan Instagram miliknya menasihatkan orang ramai di luar sana supaya tidak mengata orang lain kerana kita sendiri masih tidak tahu apa yang bakal terjadi pada kita di kemudian hari.
“Salam Jumaat. Selfie dengan abang trending. Jangan mengata anak orang. Anak kita taktau lagi macam mana nanti. Jangan mengata ibu tunggal/bapa tunggal, perkahwinan kita taktau lagi macam mana nanti. Senang kata jangan mengata semua oranglah, diri kita pun taktau macam mana pengakhirannya nanti.”
Dalam pada itu, dia turut memuat naik sekeping foto bersama tunangnya itu, Nabil Mahir.
Ketika meninjau ruangan komen, netizen turut tampil memberi pelbagai pandangan terhadap pendapat yang diluahkan oleh penyanyi lagu Mata itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments