Penyanyi Zizi Kirana baru-baru ini meluahkan rasa risau dan bimbang akan keselamatan ahli keluarganya kini yang menetap di Sabah berikutan penularan COVID-19 yang kini semakin membimbangkan.
Menurut Zizi, individu yang paling dirisaukannya adalah datuknya, Hashim yang kini berada di Semporna, Sabah. Kerisauannya itu semakin meruncing kerana faktor umur datuknya yang kini mencecah 80 tahun dan sudah nyanyuk.
Walau bagaimanapun, tambah Zizi dia bersyukur kerana datuknya itu tidak tinggal seorang diri dan mempunyai ibu saudara yang menemani.
Menambahkan lagi kerisauan adalah kegemaran datuknya yang gemar keluar seorang diri dan telah menjadi rutin untuk berada di kedai kopi berdekatan rumah pada setiap pagi.
View this post on InstagramAnak Ikan Yang Termakan Umpan?? • • • #EHZiziKirana #KesayanganSia #NakKeTakNak #SiapaYangBapBap
“Jangan dia minta nak ke kedai kopi sudahlah. Bukan apa, atuk saya itu sudahlah suka berjalan keluar seorang diri. Gigih jalan pakai tongkat untuk duduk di kedai kopi setiap pagi. Dia kini duduk dengan ibu saudara saya. Memang kena jaga betul-betul, kena kunci pintu.”
Tambah penyanyi lagu EH ini, karenah orang tua sukar dijangka kerana kadang-kadang bersikap seperti kanak-kanak. Meskipun begitu, menurut Zizi, ahli keluarganya di Sabah hanya keluar jika ada keperluan penting sahaja seperti membeli makanan, susu atau ubat-ubatan datuknya itu.
Sabah kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selama dua minggu sehingga 26 Oktober depan kerana telah mencatatkan rekod tertinggi dalam penularan kes COVID-19 sehingga mencapai tiga digit setiap hari.
Sumber : Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments