Sering saja tampil dengan membawa watak komedi, pelawak Ropie berkata dia benar-benar teringin untuk membawa karakter yang lebih serius dalam sesebuah naskah filem atau drama.
Namun begitu, sejak kemunculannya dalam industri seni negara, Ropi kini di’cop’ ataupun lebih menonjol sebagai seorang pelawak dan masih tiada tawaran untuk watak yang lebih serius selain komedi.
“Selalunya tawaran lakonan memang watak untuk komedi saja, tak ada lagi watak lain..sejujurnya saya memang nak bawa watak serius tapi ramai pengarah kata rugi sebab itu tak ada peluang.”
Menurutnya lagi, dia pernah membawa watak serius di bawah pengarah Liza Ismail, Zul Arshad dan Ghani G namun selepas itu tawaran berlakon yang diperolehinya hanyalah sekadar watak komedi sahaja.
Meskipun begitu, dia sama sekali tidak berkecil hati atau terkilan meskipun kurang mendapat tawaran untuk berlakon serius. Malah dia turut mengakui bahawa menjadi pelawak juga turut memberi pulangan yang sama seperti pelakon lain.
“Sekarang ni jadi pelawak tak macam dulu..Alhamdullilah, sekarang ni stesen televisyen buat pelbagai rancangan komedi, pelawak pun dah okay. Mungkin saya tidaklah sehebat mereka cuma okaylah berbaloi, tolak sana sini lepaslah untuk hidup,” – Ropie
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments