#Hiburan: Takut Nak Keluar ‘Shooting’, Janna Nick Tak Mahu Jadi Penyebar Dan Terkena Jangkitan COVID-19

Pelakon dan pengacara sensasi, Janna Nick mengakui dirinya kini takut untuk keluar rumah bagi menjalani sesi penggambaran kerana keadaan negara yang kini sedang mengalami gelombang ketiga wabak pandemik COVID-19.

Disebabkan oleh kes jangkitan semakin meningkat, kerajaan dilihat telah mengambil langkah untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa daerah di seluruh negara.

View this post on Instagram

?????? ????? ????????? ?????? • • Jangan translate! ?

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Walaupun begitu, Janna Nick telah meluahkan rasa takut menerusi ruangan twitter miliknya baru-baru ini. Menurut Janna, dia tidak mahu menjadi penyebab wabak tersebut tersebar apatah lagi dijangkiti penyakit berbahaya itu.

Para peminat hos program Melodi itu kemudiannya tampil memberi ucapan semangat buat Janna dan mendoakan supaya dipermudahkan urusan.

Sekadar info, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional malaysia (FINAS) sebelum ini ada memaklumkan bahawa segala aktiviti penggambaran adalah dibenarkan di kawasan yang menjalani tempoh PKPB namu hendaklah mematuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments