#Hiburan: Mengharapkan Kelahiran Normal, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Keadaan Kembar Dalam Kandungan

Mengharapkan kelahiran normal buat sepasang bayi kembarnya, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar akui ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan itu sendiri.

Menurutnya, kandungan isterinya, Dr Halina kini sudah memasuki usia 32 minggu.

Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg. Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah.”

Entri itu juga turut menyaksikan rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut Dr Halina.

Katanya lagi, isterinya kini sedang sarat dan sering mengalami sakit belakang, namun tidak ketinggalan mendoakan yang terbaik buat Dr Halina.

“Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya. Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan.”

Untuk rekod, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments