#Hiburan: Kini Jual Laksam, Pelakon Shima Anuar Minta Maaf Kenakan Cas Setiap Bekas Dibeli, ‘Refund’ Kembali Wang

Pelakon yang semakin meningkat namanya setelah membintangi filem Flat 3A, Shima Anuar tampil memohon maaf kepada pelangganya kerana telah dikenakan cas untuk setiap bekas yang dibeli daripada agen laksam di negeri Johor dan Pulau Pinang.

Shima yang kini aktif menjalankan perusahaan makanan berupa laksam mengakui tidak tahu menahu mengenai cas yang dikenakan ke atas pelanggannya itu.

Dia hanya mengetahui mengenai perkara itu setelah berkongsi sebuah video di ruangan Instagram dan menjelaskan cas lebih hanya dikenakan per ‘person’ bukannya setiap bekas.

Menurut pelakon cantik ini, dia sama sekali tidak mahu para pelanggannya berasa teraniaya lalu mengambil keputusan untuk mengembalikan wang yang telah dibayar.

View this post on Instagram

Lepasni dah tak ada agent di Johor, Melaka dan Penang. Siapa yg dah buat pembayaran boleh DM @laksambys bagi your details ya? Hari jumaat i sendiri yg akan hantar laksam korang. Siapa org JB nak selit order pun boleh DM @laksambys

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on

“Disebabkan benda dah jadi, anda boleh direct message (DM) saya. Macam anda beli 10 bekas laksam dan dikenakan cas untuk setiap bekas tu. Tunjukkan bukti dan saya sendiri akan refund balik menggunakan duit saya sendiri dengan rela hati. Jangan risau,”

Shima turut menambah bahawa dia memahami perasaan pelanggan kerana telah meletakkan dirinya sebagai pembeli dan tidak mahu mereka berasa teraniaya. Dia dalam pada masa yang sama turut berjanji bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments