#Hiburan: “Lama Dia Idam Nak Ada Rumah Sendiri“ – Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Bapa

Seakan tampil memenuhi impian bapanya yang mahu mendiami sebuah rumah sendiri selepas berpencen, pelawak Ajak Shiro khabarnya teruja apabila pembinaan rumah di Kluang, Johor yang dibinanya hampir

Menurutnya, rumah itu memiliki tiga bilik tidur dan lebih selesa jika dibandingkan dengan rumahnya ketika di zaman kecil.

“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah. Dah pencen baru ada duit…Allah hai… Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,”

Dalam pada itu, Ajak juga tidak ketinggalan berkongsi video di laman Instagramnya mempamerkan struktur di sekeliling rumah tersebut yang berlatar belakangkan pemandangan dari Gunung Lambak.

“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada. Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,”

Memetik laporan Gempak, Ajak amat berharap  supaya rumah itu dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.

“Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan. Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat menzahirkan kata-kata positif buat Ajak atas sikap mulianya yang tidak terlepas membalas jasa bapanya dan melakukan kebaikan terhadap insan tersebut.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments