Pelakon yang terkenal dengan watak ‘Lailer’ dalam drama komedi Kampung People, Riena Diana dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami muntah berterusan.
Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal,23, dia telah dinasihatkan oleh doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum bekerja semula.
Difahamkan, dia kini sedang berada di rumah neneknya did Kuala Lumpur dan keadaannya semakin sihat dan stabil.
“Saya ditahan di wad selepas alami muntah yang berterusan dan badan lemah akibat tak cukup rehat. Doktor pesan suruh rehat saja dan Alhamdullilah, keadaan saya pun dah semakin baik. Mungkin disebabkan saya kerja tanpa henti selama beberapa bulan jadi badan jadi tak sihat,”
Pada Isnin lalu, Riena ada berkongsikan sebuah foto di ruangan Instastory miliknya yang memaparkan dia sedang baring di atas katil sambil ditolak jururawat bertugas.
Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih di atas doa yang dititip peminat dan pengikut media sosialnya. Riena juga memberitahu bahawa dia kini terpaksa menolak semula beberapa tawaran berlakon yang sudah diterima pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.
“Buat pertama kali saya terpaksa tolak tawaran berlakonsaat akhir. Tak pernah dibuat saya perangai macam ni. Sampaikan saya overthinking, takut ada pihak yang marahkan saya. Tapi saya cuba jelaskan kenapa tak dapat buat. Nasib baik pihak produksi dan TV3 memahami keadaan saya. Selepas ni kena berpada-pada ambil tawaran kerja,” – Riena Diana
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments