#Hiburan: Sudah Lama Membengkak Di Tekak, Syatilla Melvin Lega Akhirnya Dapat Jalani Pembedahan Buang Tonsil

Pelakon dan kini usahawan kosmetik, Syatilla Melvin akhirnya lega kerana telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang tonsil yang sudah lama membengkak di bahagian tekaknya pada petang Rabu lalu.

Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin,29, menjelaskan bahawa dia sudah lama berdepan dengan kesakitan itu namun tidak mempunyai masa yang sesuai untuk membuangnya.

Walau bagaimanapun, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur kerana telah selamat menjalani pembedahan yang berjalan lancar dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

View this post on Instagram

sembang laki bini sebelum aku masuk operation theatre????? #takutmati

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

“Saya dah lama berdepan dengan masalah tonsil.. dah lama bengkak dan menganggu kehidupan serta aktiviti harian saya. Sebelum ini tak ada masa yang sesuai untuk buang. Alhamdullilah.. semalam (rabu) saya telah jalani pembedahan buang tonsil. Lega rasa selepas dah lakukan pembedahan,”

Syatilla dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya. Sebelum pembedahan dilakukan, suaminya, Shaheizy sempat memuat naik perkembangan terkini serta saat-saat sebelum Syatilla masuk ke dewan bedah di media sosial miliknya.

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam telah berkahwin pada tanggal 8 Februari 2016 dan kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Syeriv Shaheizy Sam, 3, dan Sarima Samheizy yang kini berusia satu tahun.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments