#Hiburan: Langgar PKPB Kerana Rentas Negeri, Pelakon Wanita Ditahan Polis

Bertindak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana merentas negeri tanpa kebenaran ketika melakukan akitiviti berbasikal, seorang pelakon wanita ditahan pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu hantaran di Instagram.

Kredit – BH Online

“Laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Gombak pada jam 3.14 petang, semalam selepas meneliti gambar dua wanita sedang berbasikal di akaun Instagram mengguna nama ‘belladally’ dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with @diyanabana’.

Tambahnya lagi, pelakon itu dan rakannya merentas negeri tanpa kebenaran polis. Susulan kejadian, mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, bagi membantu siasatan.

“Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 8 malam, tadi ketika mereka hadir ke IPD Gombak. Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai mengambil keterangan mereka.”

Ujarnya, kedua-dua mereka difahamkan menaiki kenderaan dengan membawa basikal masing-masing dari Dutamas ke Restoran Marina Seafood berhampiran Hospital Orang Asli Gombak, Ahad lalu.

“Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah. Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke ibu negara.”

Untuk rekod, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Tidak ketinggalan, siasatan juga turut dijalankan mengikut Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan Jangkitan) (No.8) 2020.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments