Kini semakin popular dan dikenali, penyanyi dan komposer muda Yonnyboii tampil mengakui bahawa terdapat beberapa kenalan ketika di kolej dulu yang mula menghubunginya untuk kembali menjalinkan persahabatan.
Biarpun sering dibuli dan tidak mempunyai ramai kawan, Yonnyboii berkata dia tetap memaafkan mereka tanpa menyimpan sebarang dendam di hati.
Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin,22, menambah bahawa tidak ramai yang ingin berkawan dengannya kerana mempunyai gejala ADHD ataupun nama saintifiknya, Attention Deficit Hyperactivity Disorder ketika di zaman persekolahan.
View this post on InstagramConfirm semua tengah nyenyak tido lagi tak pon baru nak punch in kerja, korang yang mana satu??? ?
“Tiba-tiba ada yang nak berkawan dengan saya ada juga kawan-kawan ketika waktu kolej yang pernah buli saya hubungi saya semula. Malah, salah seorang daripada mereka sudah menjadi rakan kongsi perniagaan. Bagi saya, kita kena maafkan orang walaupun mereka pernah buat sesuatu yang tidak baik terhadap kita. Kalau saya di tempat mereka pun, saya taknak kawan dengan orang pelik,”
Jelas Yonnyboii, semenjak meningkat dewasa kini dia semakin mengerti mengapa kawan-kawan menjauhkan diri ketika berada di kolej dahulu. Menurutnya, waktu itu dia lebih gemar menyendiri, memendam rasa dan cepat marah kerana gejala penyakit yang dihadapinya itu.
Dalam pada itu, Yonnyboii sempat mendedahkan bahawa kini ramai wanita yang tampil untuk berkenalan malah bekas kekasihnya dulu juga telah kembali mencarinya. Menurut penyanyi lagu Salahku itu, dia telah memaafkan gadis itu namun berharap tidak lagi bertemu di masa hadapan.
“Ada la juga cuba mendekati.. bekas kekasih pun ada mencari saya semula. Dulu boleh kata hari-hari saya buat lagu namun dia tak pernah layan. Kalau saya ada iri hati mungkin saya tak layan dengan baik. Walaupun masih ada sedikit perasaan marah, saya sudah maafkan dia. Cuma kalau boleh tak mahu bertemu dengan dia lagi,” – Yonnyboii
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments