Belum bersedia untuk mencari pengganti sebagai teman hidupnya, pelakon Lufya Omar kini akui lebih selesa untuk menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya selepas bergelut mengharungi episod perceraian dengan bekas suaminya Dr Che Hafiz.
Tambah Lufya, buat masa sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk dirinya didekati lelaki.
“Hingga hari ini, saya tak nak berkenalan dengan sesiapa bukan tak sudi tapi tak sedia. Biarlah hidup saya dengan anak, keluarga dan sahabat-sahabat sahaja.”
Kenyataan itu dikongsi sendiri oleh Lufya menerusi satu entri di laman Instagram Story miliknya.
Lufya berkata demikian sebagai menjawab persoalan daripada salah seorang netizen yang menyatakan hasratnya mahu mengenali dirinya.
“Kalau saya nak kenal awak boleh? Ke dah ada calon?”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila bekas suaminya Dr. Che Hafiz mendedahkan bahawa hubungan rumah tangga mereka terlerai pada 17 Jun lalu.
Bagaimanapun, selepas pendedahan tersebut, Lufya difahamkan tampil menjelaskan bahawa perpisahan itu disebabkan kegagalan Che Hafiz melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Untuk rekod, Lufya sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Che Hafiz pada 26 November 2016.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berumur tiga tahun.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments