#Hiburan: Harap Dapat Terus Istiqomah, Yatt Hamzah Kini Berpurdah

“Bukan sebab terlalu cantik atau wajib..” Begitulah penjelasan Yatt Hamzah apabila dia kini mengambil keputusan untuk mengenakan purdah sepenuh masa. Menurut pelakon dan juga pengacara ini, dia sebenarnya telah lama memakai purdah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Tambah Yatt, dia sering saja mengenakan purdah itu hampir setiap hari ketika mengambil dan menghantar anak ke sekolah. Jika sebelum ini dia memakai pelitup mmulut dan hidung seperti disarankan kerajaan, dia berasa lebih selesa jika berpurdah dan mula memakainya secara perlahan-lahan.

Menurutnya lagi, keputusan itu turut disokong oleh suami tersayang, Mohammad Zulfadhli Khairuddin.

View this post on Instagram

SOON. In shaa Allah. . #throwback Pernah post gambar ni Jumaat bbrp minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu. Masa ni tak tahu sdg hamil. Emosi mmg tak stabil, patutlah begitu, rupanya sdg hamil. Masa ni mmg teringin sgt nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh2 teringin.. Wallahi teringin sampai menangis bagitahu suami. . Lihat sahabat2 sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja..MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini. . Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yg sdg struggle utk jadi lebih baik diberikan KEKUATAN dlm PERJUANGAN (MUJAHADAH) ini. Mohon sokongan dan doa semua.. Terutama dari Suami @Zulfadhli_khiruddin AAMEEN.. ??? . SALAM JUMAAT. . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #ALFATIHAH #JUMAAT #tazkirahjumaat #muslimah #mujahidah #niqab #islam #Allah #Rasulullah

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

View this post on Instagram

Yang bernama perempuan Perempuan Meski selalu disakiti Air mata jatuh di pipi Tetap dia senyum agar jadi penyeri Terus kuat memujuk hati Bangkit walau jatuh beribu berkali Terus berjalan ke depan Walau bersendirian Dengan penuh keazaman Jangan pernah menoleh kebelakang Apa lagi berpatah balik Perempuan Mungkin nampak lemah di luar Namun kental dan tabah jauh di dalam Hai Perempuan.. Kita ni semua sama je kan? ? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #perempuan #wanita #solehah #muslimah #Alhamdulillah

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

“Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Banyak perkara seperti fitnah boleh dielakkan apabila memakai purdah. Dengan memakai purdah juga, saya dapat mengawal diri saya sebab ramai tahu, saya jenis periang dan suka ketawa. Bila pakai purdah, dapatlah kawal diri kita.”

Dalam pada itu, Yatt juga berharap agar dirinya terus istiqomah dalam penghijrahan ini.Dia turut memohon doa peminat selain daripada ahli keluarga agar perubahan ini akan kekal lama dan diberkati.

Sumber : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments