Program Sepahtu Reunion Live memang sudah mendapat tempat di hati penonton dek kerana gelagat pelawak terkenal seperti Jep, Shuib, Rahim serta Pak Ya. Ditambah pula dengan artis jemputan memeriahkan lagi program berkenaan untuk ditonton segenap lapisan masyarakat.Namun, bukan mudah untuk selebriti yang asalnya bukan bergelar pelawak untuk beraksi secara spontan meskipun sudah tersedia jalan cerita untuk dilakonkan.
Begitulah yang terjadi kepada personaliti Yusri KRU apabila dia telah ditugaskan untuk menjadi cameo dalam episod pertama dalam minggu terbaru Sepahtu Reunion Live yang berlangsung khamis lalu.
Dia yang ditemani isterinya, Lisa Surihani pada malam itu mengakui agak cuak kerana tampil berseorangan tanpa adik beradiknya yang lain iaitu Norman dan Edry.
“Suspen juga sebenarnya, sebelum ini saya pernah buat cameo tapi bersama KRU. Ada Norman, Edry dan saya backup saja. Cuma bila seorang ni jadi cuak jugak. Tapi saya tahu mereka ini memang ‘pecah’ dan saya layankan je. Mereka ni bila spontan buatkan saya macam terlupa nak cakap,”
Tambah Yusri, dia datang awal ke set penggambaran untuk memahami jalan cerita yang ingin disampaikan pada malam itu.Menurutnya lagi, pada awalnya dia tahu apa yang perlu dilakukan namun ketika berhadapan dengan para pelawak pada malam itu, dirinya automatik berada dalam ‘mood’ gelak. Kini terkenal dengan barisan ayat “Encik Selamat dah selamat,”, Yusri gembira kerana dapat bekerjasama dengan barisan artis pelawak serta artis jemputan yang lain pada malam itu dan mengakui bahawa mereka sangat profesional dalam menjalankan tugas dan menjiwai watak.
Sumber : Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments