#Hiburan: “I’ve Had Enough!” Nyah Aktif Akaun Instagram, Peminat Risau Keadaan Scha Al-Yahya

Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya secara tiba-tiba telah dilihat memadam akaun Instagram miliknya selepas memuat naik sebuah status di Instagram Story yang bertulis “I’ve had enough!”.

Kehilangan Scha di media sosial ternyata telah mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan di kalangan peminat serta pengikut instagramnnya.

Lantaran itu, peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram suaminya iaitu pengacara Awal Ashaari dengan bertanyakan ke manakah isterinya itu menghilangkan diri. Ada pula netizen yang membuat spekulasi bahawa Scha bertindak memadam media sosialnya itu mungkin kerana sedang marah atau merajuk.

Selain itu, ada juga yang mengsyaki bahawa Instagram Scha telah digodam pihak yang tidak bertanggunjawab. Meskipun dihujani soalan daripada peminat, Awal tidak tampil memberi sebarang komen di atas perbuatan isterinya itu.

Mungkin juga gangguan hormon ibu mengandung, peminat Scha rata-rata mendoakan kesihatan dan keselamatan aktres itu memandangkan dia kini sedang berbadan dua.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments