#Hiburan: Kacamata pintar HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II dan Fon Kepala FreeBuds Studio Ini Bakal Memberikan Anda Pengalaman Muzik Terbaik Sambil Tampil Penuh Bergaya

 

Apabila bercerita tentang “peranti pembatalan bunyi” atau dalam bahasa omputihnya “noise cancelling devices”, pasti ada beberapa jenama yang terus bermain di minda anda. Terbaru, kehadiran HUAWEI FreeBuds Studio, headphone/fon kepala pertama daripada syarikat penuh inovasi ini pasti akan membuat jenama-jenama tersebut tercabar.

Ditambah pula dengan HUAWEI X Gentle Monster Eyewear II, satu kacamata pintar yang direka khas bersama pereka terkenal Korea Selatan, HUAWEI nampaknya benar-benar ingin bersaing secara sihat di dalam industri ini.

Huawei freebuds studio TVC Endframe_EN version_1920x1080px-01

Boleh mula dimiliki dari 30 Oktober 2020, jom kita lihat apakah kelebihan jenama fon kepala pertama daripada HUAWEI ini berbanding pesaing-pesaingnya. Jom kita tonton sendiri.

Secara asasnya, ada 3 kelebihan serta kehebatan HUAWEI FreeBuds Studio ini:-

Tahap Bunyi Studio & Pembatalan Bunyi Terbaik

Tahukah anda HUAWEI FreeBuds Studio menawarkan jarak tindak balas frekuensi ultra lebar dari 4Hz hingga 48 kHz kerana fon kepala ini sistem akustik tahap Hi-Fi. Sebagai perbandingan, tindak balas frekuensi (FR) fon kepala biasa adalah di antara 20Hz dan 20 kHz. Kesimpulannya HUAWEI FreeBuds Studio dapat memberikan lebih banyak perincian dalam audio ketika anda mendengar muzik beresolusi tinggi. Memang feeling habis!

Itu belum kira kehebatan HUAWEI FreeBuds Studio yang mempelopori teknik pengasingan bunyi di mana pembatalan kebisingan pasif maksimum dapat mencapai 40dB. Ditambah pula dengan “active noise cancellation” (ANC) yang dapat mengesan perubahan persekitaran dan memilih mod yang sesuai untuk anda.

Ada 3 pilihan mod iaitu Ultra, General dan Cosy. Ketiga-tiganya membolehkan anda fokus 100% tak kira di mana jua anda berada.

Last but not least, HUAWEI FreeBuds Studio juga mempunyai mod Awareness dan Voice yang membolehkan anda mengurangkan bunyi persekitaran dan meningkatkan bunyi suara manusia. Jadi tak perlulah nak tanggalkan fon kepala bila nak bercakap dengan kawan. Jimat masa, jimat tenaga dan nampak cool gila!

Penyambungan Pintar & Interaksi

huawei freebuds studio

Penyambungan kini bukan sahaja di antara manusia ke peranti tetapi juga peranti ke peranti. Salah satu perkara yang best tentang HUAWEI FreeBuds Studio ini ialah ia mempunyai penyambungan pintar dengan teknologi terkini yang membolehkan fon kepala ini berhubung dengan peranti yang menggunakan sistem berbeza.

Ini semua tercapai kerana HUAWEI FreeBuds Studio adalah yang pertama di dalam industri ini menggunakan Bluetooth dengan Dwi-Antenna Pintar. Tekan je anda dah boleh sambungkannya dengan telefon pintar/komputer riba/television dan sebagainya. Mudah gila.

Bateri HUAWEI FreeBuds Studio juga tahan lama dan tidak akan menjadi isu buat anda yang suka mendengar muzik semasa bekerja. Apabila ANC dimatikan, anda boleh menggunakan selama 24 jam lama dengan sekali cas. Jika ANC dihidupkan, HUAWEI FreeBuds Studio boleh bertahan sehingga 20 jam. Bateri dah nak habis? Jangan risau cas sahaja untuk 10 minit dan anda boleh gunakannya selama 8 jam dengan ANC dimatikan. Hebat kan?

Rekaan dan keselesaan

huawei freebuds studio

Rekaan HUAWEI FreeBuds Studio diinspirasi oleh gramophone yang memberikan kita pengalaman terbaik dalam mendengar muzik. Rekaan “ear cups” diperbuat oleh garisan dan bulatan semata-mata, sekaligus memastikan tiada bentuk atau struktur kompleks yang merosakkan nilai minimalist.

Yang penting, telinga anda tak akan sakit, keselesaan terjamin dan kepuasan mendengar apa jua yang diinginkan sama ada muzik, filem atau drama pastinya dapat dikecapi menggunakan HUAWEI FreeBuds Studio ini.

HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II

huawei x gentle monster

Selain daripada HUAWEI FreeBuds Studio, HUAWEI juga kembali buat kali kedua dengan kacamata pintar penuh bergaya, yang merupakan kolaborasi bersama Gentle Monster. HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II serba baharu ini kini bertambah baik. Tak salah dikatakan ia kini adalah pelopor utama di dalam kategori audio pintar dan fesyen.

Ini 4 fakta yang anda perlu tahu tentang HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II:-

huawei x gentle monsterhuawei x gentle monter

Salah satu perkara yang paling best tentang HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II ialah tiada sebarang butang dan “ports” padanya, sekaligus membolehkan anda tampak penuh bergaya dan “cool” apabila memakainya. Diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik titanium dan disaluti “high gloss”, kacamata pintar ini memang menyerlahkan lagi stail dan keberanian anda dalam fesyen.

Teknologi Yang Dipertingkat

huawei x gentle monster

Dari segi kualiti bunyi, HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II berjaya menaiktarafkannya secara menyeluruh jika dibandingkan dengan generasi terdahulu. Menampilkan speaker yang sangat kecil, anda pasti terkejut dengan kadar amplitudenya yang telah berjaya dinaikkan sebanyak 100%. Jadi suara anda boleh ditangkap oleh kacamata pintar ini pada jarak yang lebih jauh dan pengalaman mendengar muzik sudah pasti lebih awesome.

Lebih privasi

C:\Users\c84163752\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\Lifestyle-image_gentle-monster-14.jpg

Pastinya anda tidak mahu orang lain mengetahui apa yang sedang anda dengar menerusi HUAWEI X GENLTE MONSTER Eyewear II ini kan? Ha jangan risau sebab kacamata pintar HUAWEI ini menyokong teknologi terbaru “reverse sound field”.

Siap ada rekaan “berlubang” di bahagian gegendang yang akan mengimbangi gelombang bunyi, sekaligus mengelakkan kebocoran bunyi sehingga 12dB. Dengar macam complicated kan? Senang cakap, apa yang anda sedang dengar, orang lain takkan tahu. Privasi anda terjamin 100%.

Lebih kawalan dengan sentuhan

C:\Users\c84163752\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\SMART HAVANA_Pinch_Full.jpg

Kalau dah namanya kacamata pintar, cara mengawalnya pun kenalah pintar kan? Gunakan jari sahaja dah boleh setelkan kesemuanya. Picit jari untuk buat sambungan, sentuh 2 kali untuk mainkan lagu dan leretkan jari anda untuk kuatkan suara. Semua ini dan banyak lagi boleh anda cuba apabila memiliki HUAWEI X GENLTE MONSTER Eyewear II ini.

Selain HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II dan HUAWEI FreeBuds Studio, HUAWEI turut sama telah melancarkan FreeBuds Pro, FreeLace Pro dan FreeBuds 3i untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada anda. Tak kisah sama anda anda suka mendengar muzik, suka bersukan atau cuma mahu bersantai, HUAWEI ada segalanya. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dengan gaya hidup anda. Maklumat lanjut di laman rasmi HUAWEI

Boleh dimiliki hari ini

Kedua-dua produk ini telah pun dilancarkan HARI INI di HUAWEI Store dan kesemua HUAWEI Experience Store di Malaysia. Berharga RM1,199 dan RM1,799, aksesori ini pastinya akan menghilangkan kebosanan dan kesepian anda sepanjang PKP ini. Maklumat lanjut tentang HUAWEI FreeBuds Studio di sini dan untuk HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear pula anda boleh bacanya di sini. Selamat mencuba dan selamat tampil lebih bergaya!

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments