Pelakon Zara Zya yang kini sudah berhijab sepenuhnya mengakui bahawa hidupnya lebih tenang dan gembira apabila berhijrah sejak September lalu.
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, berkata keputusannya untuk bertudung bukan disebabkan dia hendak berkahwin namun lahir dari hatinya sendiri.
Menurutnya lagi, sebelum berhijrah dia sering mempersoalkan kenapa hatinya susah untuk tenang dan sering dilanda masalah namun ianya berubah setelah dia mengambil keputusan untuk bertudung.
“Kehidupan selepas penghijrahan ini saya rasa tenang, gembiran dan lebih dekat dengan Allah. Sebelum ini saya selalu terfikir kenapa hati tak tenang.. ada saja masalah. Sekarang Alhamdullilah, Allah permudahkan segala urusan dan ia buatkan kehidupan saya lebih gembira. Tapi hijrah yang saya lakukan ini tiada kena mengena dengan nak kahwin,”
Mengimbas kembali, pada hujung September lalu, Zara meluahkan rasa kesyukuran kerana telah melaksanakan tuntutan agama itu setelah sekian lama memendam hasrat untuk bertudung.
Dalam pada itu, Zara turut menyatakan bahawa rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus meskipun sudah menutup aurat sepenuhnya malah lebih ramai yang suka dan menawarkan banyak peluang pekerjaan.
View this post on InstagramMensyukuri hari ini dan mengikhlaskan apa yang telah berlalu ? . . @zarazya.scarfz
Dia turut tidak mengambil kisah apabila muncul cakap-cakap yang mengatakan bahawa dia kini bertudung hanya kerana pernah menjualnya satu ketika dahulu.
“Dapat banyak feedback yang positif walaupun ada juga segelintir pihak yang cakap saya bertudung sebab saya ada jual tudung. Tapi saya tak kisah pun apa orang nak kata. Sebabnya, perniagaan tudung itu dah lama saya lakukan ketika saya masih free hair lagi. Cuma saya berehat sekejap dan sekarang saya kembali aktif berniaga tudung semula,” – Zara Zya
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments